Latar Belakang

HOSPITAL PARIT BUNTAR

gambarhpb

Hospital Parit Buntar pada asalnya adalah sebuah bangunan Sekolah Methodist Parit Buntar. Ia telah dibina pada tahun 1925 dan kemudiannya digunakan sebagai hospital pada tahun 1931.

Pada permulaan operasi, Hospital Parit Buntar mempunyai beberapa buah bangunan sahaja. Bangunan tersebut telah dibina sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1925. Beberapa bangunan telah dirobohkan disebabkan kerosakan akibat angin ribut dan struktur bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Kebanyakan bangunan ini mempunyai rekabentuk British.

Hospital Parit Buntar terletak bersempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Keluasan kawasan hospital ini adalah seluas 60,720 kaki persegi manakala keluasan bangunan adalah seluas 28,327 kaki persegi.

Walaubagaimanapun sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, kebanyakan bangunan lama di Hospital Parit Buntar telah dinaiktaraf menjadi bangunan baru dan moden. Terdapat 12 unit telah diwujudkan di hospital ini di antaranya Unit Pentadbiran, Unit Pesakit Dalam, Unit Kecemasan, Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Makmal Patologi, Unit Jabatan Pesakit Luar, Unit Sajian, Unit Haemodialisis, Unit Fisioterapi, Unit Lawatan Pakar, Unit Farmasi Dan Bekalan serta Unit Rekod.

Pada asalnya, Hospital Parit Buntar mempunyai 150 buah katil untuk menampung pesakit-pesakit dari Wad Kelas II dan Wad Pesakit Kronik. Ini memandangkan sebuah bangunan (Wad Pesakit Kronik) telah dirobohkan, penggunaan katil yang digunakan sekarang telah dikurangkan kepada 120 buah katil untuk menempatkan pesakit-pesakit dari empat buah wad iaitu Wad Lelaki (Anggerik), Wad Perempuan (Dahlia), Wad Pediatrik (Melor) dan Wad Bersalin (Mawar).

Hospital Parit Buntar bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Kerian malahan kawasan sekitarnya seperti Bandar Baharu dan Nibong Tebal juga menikmati perkhidmatan yang disediakan. Ini kerana kedudukannya yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

KELUASAN TAPAK

Hospital Parit Buntar terletak bersempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Keluasan kawasan hospital ini adalah seluas 60,720 persegi manakala keluasan bangunan adalah seluas 28,327 kaki persegi. Hospital ini memberi perkhidmatan kepada 141,858 orang penduduk Daerah Kerian dan sejumlah penduduk dari kawasan Bandar Baharu dan Nibong Tebal.

Daerah Kerian mempunyai 7 buah mukim. Jumlah penduduk Daerah Kerian berdasarkan perangkaan tahun 2016 ialah 180,341 orang dan taburan penduduknya adalah seperti berikut:

SENARAI MUKIM DAN STATISTIK PENDUDUK

No. Nama Mukim Penduduk Keluasan
 1. Bagan Tiang/ Tg.Piandang 32, 728 orang 6700.797 hektar
 2. Kuala Kurau 30, 617 orang 11703.5 hektar
 3. Parit Buntar 38, 007 orang 4997.86 hektar
 4. Beriah 11, 997 orang 14891.43 hektar
 5. Selinsing 9790 orang 16381.67 hektar
 6. Gunung Semanggol 16, 988 orang 16847.06 hektar
 7. Bagan Serai 40, 214 orang 14293.49 hektar