Perutusan Pengarah

HOSPITAL PARIT BUNTAR

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak tuan/puan yang melayari laman web hospital kami ini. Kami di Hospital Parit Buntar telah menyahut seruan kerajaan dalam konteks untuk menjayakan Kerajaan Elektronik atau e-Kerajaan dengan meneroka kaedah baru itu untuk menyampai dan mendapatkan informasi juga interaksi bersama pelanggan kami dengan lebih mudah dan canggih.

Melalui laman web ini juga kami cuba menyajikan seberapa banyak info kepada pelanggan atau bukan pelanggan mengenai perkhidmatan yang disediakan, aktiviti kualiti yang dijalankan, pencapaian, dasar-dasar dan sebagainya yang berkaitan dengan hospital ini.

Saya berharap melalui kemudahan ini juga dapat memberi sedikit input yang berguna atau cadangan kepada kami dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kami melalui e-mel atau borang elektronik yang disediakan. Pandangan dan komen tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Saya juga amat mengalukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi maklumat di dalam laman web ini.

Selamat melayari laman web Hospital Parit Buntar.

DR HAJAH CHE SARIFAH BT SULIEMAN
Pengarah Hospital
Hospital Parit Buntar,Perak Darul Ridzuan