• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN
  • Dietetik & Sajian

Dietetik dan Sajian

LATAR BELAKANG UNIT DIETETIK DAN SAJIAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Dietetik dan Sajian adalah unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit dalam wad, perkhidmatan dietetik klinikal dan prmosi kesihatan dalam membantu proses rawatan dan pemulihan pesakit. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Dietetik U41 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27, seorang Penyelia Asrama N19 dan 6 orang Pembantu Penyediaan Makanan N11

Unit Dietetik dan Sajian menyediakan sebanyak empat kali waktu makan kepada pesakit dalam wad iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Diet yang disediakan ialah diet normal dan diet teraputik seperti diet diabetes, diet rendah garam, diet rendah lemak dan lain-lain.

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan sajian makanan yang selamat, berkualiti serta berkhasiat kepada pesakit dalam untuk membantu dalam penyembuhan pesakit
  • Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional serta berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

SKOP PERKHIDMATAN DIETETIK DAN SAJIAN

1.0 PERKHIDMATAN DIETETIK

  • Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat 'medical nutrition therapy' dengan menggunakan 'nutrition care process'.
  • Perkhidmatan memberi ceramah,latihan ,pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
  • Latihan 'internship' dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi Mengkiut Keperluan.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

2.0 PERKHIDMATAN SAJIAN

  • Membekalkan diet ke wad-wad berdasarkan pesanan yang diterima mengikut kelas satu, dua,tiga atau kanak-kanak. Jenis diet akan ditentukan oleh  Pegawai Dietetik atau doktor.
  • Membekalkan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak.
  • Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang menghidapi HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan, untuk mereka yang kurang mampu.
  • Membekalkan diet kepada doktor yang bertugas atau atas panggilan.
  • Membekalkan catuan makan malam kepada anggota tugas malam yang layak mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari IPT mengikut keperluan dan kelulusan.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.