• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN
  • Farmasi dan Bekalan

Farmasi dan Bekalan

LATAR BELAKANG UNIT FARMASI DAN BEKALAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu perkhidmatan sokongan dalam Sistem Perkhidmatan Kesihatan Hospital Parit Buntar. Unit Farmasi dan Bekalan telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mewujudkan satu sistem bekalan yang mantap untuk menampung keperluan ubat-ubatan serta peralatan perubatan  kepada unit-unit pengguna di Hospital Parit Buntar dan Klinik-Klinik Kesihatan dalam Daerah Kerian. Faktor-faktor yang sentiasa dititikberatkan ialah bekalan berkualiti yang cukup pada kos yang minima.

Unit ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang ditempatkan di tiga bangunan berasingan. Tiga bahagian utama tersebut adalah :

1.0 FARMASI PESAKIT LUAR

  •  Perkhidmatan kaunter pesakit luar dan klinik pakar.
  •  Bilik kaunseling pesakit
  •  Stor kecil untuk farmasi pesakit luar
  •  Penerangan ubat

2.0  FARMASI PESAKIT DALAM

  •  Bekalan wad
  •  Bedside Dispensing
  •  Pengeluaran galenikal dan pra bungkus ubat
  •  Stor kecil untuk Farmasi Pesakit Dalam

3.0  STOR PERUBATAN 

  •  Pentadbiran Unit Farmasi dan Stor
  •  Stor ubat berhawa dingin, stor pukal tanpa hawa dingin
  •  Stor bukan ubat (tanpa hawa dingin)
  •  Stor bahan mudah terbakar
  •  Stor gas perubatan

OBJEKTIF UNIT FARMASI DAN BEKALAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

  •  Memastikan ubat yang dibekalkan berkualiti, selamat dan berkesan dalam kuantiti yang mencukupi
  •  Memberi penerangan secara profesional berkaitan ubat-ubat serta mempertingkatkan penggunaan ubat secara rasional (Rational Use Of Drug)
  •  Memastikan perolehan ubat-ubat dan bukan ubat diperolehi pada kadar kos yang efektif dan pengagihan bekalan pada unit-unit pemesan secara sistematik