• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN
  • Makmal Patologi

Makmal Patologi

LATAR BELAKANG UNIT MAKMAL PATOLOGI
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Perkhidmatan Klinikal Patologi dan Transfusi adalah perkhidmatan sokongan yang menawarkan perkhidmatan diagnostik yang sesuai dengan perkhidmatan di hospital ini bagi Rawatan Pesakit Luar iaitu Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Rawatan Harian (Hemodialisis)  dan Pesakit Dalam.

VISI

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

MISI

Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan beteraskan budaya kualiti dn bekerja berpasukan serta profesionalisme demi kecemerlangan rawatan pesakit.

OBJEKTIF

  •  Memberikan perkhidmatan pendiagnosan dan analisa makmal ke atas sampel ujian dari pelanggan dengan cepat dan keputusan yang tepat
  •  Menyediakan bekalan darah dan komponen darah yang berkualiti dan selamat kepada yang memerlukan

PIAGAM PELANGGAN

PERKHIDMATAN PATOLOGI

  •  Penerangan yang lengkap dan jelas akan diberikan
  •  Semua pemeriksaan akan dijalankan dengan teliti serta memastikan kepuasan yang dikeluarkan berkualiti dan tepat
  •  Keputusan yang dikeluarkan akan dikembalikan secepat mungkin tertakluk kepada jenis ujian

PERKHIDMATAN TRANSFUSI

  •  Penderma darah akan diperiksa Hemoglobin 10 minit selepas pendaftaran
  •  Penderma darah akan ditemuramah dalam masa 10 minit selepas ujian Hemoglobin dan ABO Grouping

FUNGSI UTAMA

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang :
  •  Patologi Kimia dan Pengesanan Dadah
  •  Hematologi
  •  Mikrobiologi
  •  Transfusi - Penabungan Darah dan Pemindahan Darah