• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN
  • Rekod Perubatan

Rekod Perubatan

LATAR BELAKANG UNIT REKOD PERUBATAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Rekod Perubatan memainkan peranan sebagai perkhidmatan sokongan dalam pengurusan rekod perubatan pesakit. Fungsi utamanya ialah menyimpan rekod perubatan pesakit dengan teratur dan selamat, terutama bagi kes-kes yang ada implikasi perundangan.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan satu sistem maklumat pengurusan kesihatan yang berkesan melalui pengurusan rekod perubatan teratur dalam menyediakan data dan maklumat berorientasikan pengurusan yang tepat dan berkesan
  • Mewujudkan satu norma dan piawaian sebagai asas pengesahan kemajuan dan keberkesanan sistem perkhidmatan perawatan perubatan
  • Memastikan setiap permohonan laporan perubatan dapat dilayan dengan baik dan memastikan setiap permohonan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan

VISI

Ke Arah Mewujudkan Satu Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan Yang Terkini, Cekap dan Tepat

MISI

Menyumbangkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan berdasarkan maklumat yang terkini di samping membina budaya kerja yang mantap dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta berteknologi kepada semua anggota unit dan pelanggan

KEPUASAN PELANGGAN

  •  Setiap pesakit diberi jaminan bahawa rekod pesakit adalah dirahsiakan dan disimpan dengan selamat mengikut tempoh yang ditetapkan
  • 95% daripada permohonan Laporan Perubatan yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu (hari bekerja)
  •  Rekod Pesakit dapat dikeluarkan dalam masa 3 minit sekiranya tiada masalah dan permohonan adalah lengkap
  •  95% daripada permohonan Laporan Perubatan yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu (hari bekerja)