• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PENGURUSAN
  • Kejuruteraan

Kejuruteraan

LATAR BELAKANG UNIT KEJURUTERAAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

VISI

Menyediakan organisasi terdiri daripada pasukan kerja professional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia

MISI

  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:
  • Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan keselamatan sinaran
  • Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan, dan perkhidmatan sokongan institusi kesihatan
  • Penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, berhubung dengan penggunaan sinaran mengion dalam perubatan

OBJEKTIF

  • Merancang dan melaksanakan program-program di bawah BPK
  • Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna
  • Memastikan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling Luar Bandar dilaksanakan secara berkesan
  • Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab BPK
  • Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan
  • Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984(Akta 304) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi maksud perubatan untuk memastikan penggunaan sinaran mengion secara selamat, berkesan dan optimum kepada pesakit, pekerja dan orang awam
  • Memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta memenuhi dan mematuhi kehendak-kehendak kejuruteraan di dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-peraturannya, garis panduan-garis panduan dan piawaian-piawaian yang berkaitan

TUGAS UTAMA

  • Membantu menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan dan perlaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan  Hospital oleh Syarikat-syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital dan pihak-pihak lain di Klinik-klinik Kesihatan
  • Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera / mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa
  • Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian, dan aduan bagi perkhidmatan kejuruteraan hospital
  • Membantu menjalankan program mobilisasi khidmat sokongan hospital dan penyerahan milik hospital / fasiliti baru di bawah penswastaan khidmat sokongan hospital
  • Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja – kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji, dan peralatan jentera / mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi hospital / fasiliti baru.
  • Membantu menyedia dan menyelaras maklumat – maklumat berkaitan dengan pembayaran aset – aset tambahan (variation order) di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor
  • Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan, dan bil/invois untuk pengesahan bayaran atau penalti
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada Pengarah – pengarah Kesihatan Negeri, Hospital dan Institusi mengenai perkhidmatan Kejuruteraan Hospital, kerja – kerja kecil serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
  • Menghadiri mesyuarat dan perbincangan di antara Pengarah – pengarah, Juruperunding SIHAT, Syarikat – syarikat Konsesi dan pihak – pihak lain yang berkenaan dari semasa ke semasa.
  • Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama Ketua Unit Kejuruteraan Operasi Negeri, Jurutera J44, dan Jurutera J41 di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak dari semasa ke semasa.