• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PENGURUSAN
  • Pentadbiran

Pentadbiran

LATAR BELAKANG UNIT PENTADBIRAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Pentadbiran mempunyai peranan utama dalam memberi perkhidmatan sokongan yang mantap dan efisien dalam aspek penyelarasan dan perancangan sumber manusia, kewangan, pembangunan dan latihan (termasuk urusan yang berkaitan dengan 'housekeeping' kepada unit-unit yang lain agar semua objektif unit berkenaan tercapai.

Adalah menjadi tanggungjawab unit ini untuk merancang, melaksana, mengawasi dan menyelaras perlaksaan semua aktiviti di bawah Program Pengurusan yang mempunyai hubungan dengan aspek-aspek pentadbiran, kewangan, kontrak dan bekalan, pembangunan, sumber manusia dan latihan.

AKTIVITI UTAMA

  • Menjalankan peranan 'housekeeping' harian Jabatan, termasuk urusan surat menyurat dan fail-fail jabatann merekod data dan dokemen serta keselamatan pejabat.
  • Bertanggungjawab dalam memberikan maklumat kepada semua unit mengenai apa jua arahan dalam bentuk surat-surat pekeliling oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam serta lain-lain agensi dari semasa ke semasa.

PECAHAN SKOP PERKHIDMATAN

  • Unit Pengurusan
  • Unit Sumber Manusia
  • Unit Pembangunan
  • Unit Kewangan
  • Unit Hasil

LATAR BELAKANG UNIT SUMBER MANUSIA
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Sumber Manusia adalah sub kepada unit pentadbiran.

AKTIVITI UTAMA

  • Melaksanakan tugas perkhidmatan, perjawatan dan pengurusan tatatertib
  • Bertanggungjawab dari segi perlantikan rasmi, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan/pertukaran keluar anggota, kemasukan ke dalam perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, cuti, persaraan dan berbagai lagi perkhidmatan yang telah digariskan kepada semua anggota Kumpulan Perkhidmatan, Kumpulan Profesional Dan Pengurusan dan Kumpulan Sokongan 1 dan 2
  • Selain itu juga, tugas berkaitan dengan perjawatan bermula daripada urusan permohonan pengwujudan jawatan baru di lakukan

LATAR BELAKANG UNIT PEMBANGUNAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Pembangunan adalah sub kepada unit pentadbiran.

AKTIVITI UTAMA

  • Bertanggungjawab menyelaraskan perancangan dan perlaksanaan projek-projek pembangunan bagi jabatan ini.
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan perkhidmatan sokongan hospital (Hospital Support Services)

LATAR BELAKANG UNIT KEWANGAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Kewangan adalah sub kepada unit pentadbiran.

AKTIVITI UTAMA

  • Bertanggungjawab secara khususnya untuk merancang dan mengawal segala perbelanjaan dengan teratur dan kemaskini. Agihan peruntukan tahunan berdasarkan arahan yang diluluskan oleh pihak KKM
  • Bahagian Kewangan juga menguruskan agihan peruntukan dan memantau melalui prestasi bulanan
  • Melaksanakan urusan pembayaran gaji, tuntutan elaun lebih masa, tuntutan perjalanan dan perbelanjaan. Bagi memantapkan urusan lebih cekap dan efisien, jabatan ini telah menjalankan sistem berkomputer iaitu Elektronik Sistem Pengurusan Komputer Belanjawan (ESPKB)