• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PENGURUSAN
  • Penyeliaan

Penyeliaan

LATAR BELAKANG UNIT PENYELIAAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR 

VISI

Ke arah mewujudkan satu sistem rangkaian perkhidmatan penyeliaan bersepadu yang penuh komited dan efisien

MISI

Memberikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik dengan semua anggota senanntiasa berusaha kearah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta menerapkan konsep budaya korporat dan kaedah piagam pelanggan.

OBJEKTIF
Menjalankan penyeliaan dan pengurusan yang berkesan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-

  1. Perkhidmatan Ambulan
  2. Perkhidmatan Kenderaan
  3. Pengurusan Unit Forensik
  4. Pengurusan Keselamatan Jabatan supaya perkhidmatan tersebut menjadi lebih efisen dan efektif

TUGAS UTAMA

Penyeliaan

Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran serta memantau perjalanan perkhidmatan unit-unit dibawah seliaan seperti Unit Kecemasan dan trauma, Unit Hemodialisis, Jabatan Pesakit Luar serta bertanggungjawab terhadap urusan kawal selia jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Lelaki.

Kenderaan

Memberi perkhidmatan ambulan untuk tujuan rujukan antara hospital, Panggilan Ambulan dan Medical Coverage. Bahagian ini juga memberi perkhidmatan kenderaan untuk tujuan membawa anggota ke destinasi atas urusan rasmi

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :

  1. Memberi perkhidmatan penyeliaan yang mesra, cekap dan selamat.
  2. Menyediakan maklumat yang tepat dan profesional
  3. Menyediakan khidmat pengangkutan dalam tempoh
  • Keperluan segera - 4 jam
  • Keperluan berjadual - 48 jam

SUMBER MANUSIA

Senarai dan bilangan anggota di Unit Penyeliaan dan Kenderaan adalah seperti berikut :-

BIL JAWATAN DAN GRED BILANGAN ANGGOTA
1 Penolong Pegawai Perubatan U32 1
2 Pemandu Kenderaan R3 18
3 Pemandu Kenderaan KUP R6 5
JUMLAH KESELURUHAN 24

JADUAL TUGAS MEMANDU

Tugas Pemandu dibahagi kepada tugas-tugas waktu pejabat dan tugas-tugas untuk waktu syif. Seramai 4 orang ditugaskan waktu kerja pejabat bagi melakukan tugas pengangkutan urusan pentadbiran dan seramai 19 orang pemandu ditugaskan pada waktu syif mengikut giliran untuk melakukan tugas-tugas berkaitan dengan pengangkutan ambulan

TUGAS-TUGAS RUTIN PEMANDU

  1. Menjaga kenderaan hospital dari semasa ke semasa
  2. Mempastikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk digunakan
  3. Mengambil kes-kes kecemasan menggunakan ambulans
  4. Membawa pegawai-pegawai berurusan rasmi ke lain-lain jabatan
  5. Merujuk pesakit untuk rawatan lanjut ke lain-lain hospital
  6. Menerima arahan dari semasa ke semasa oleh pegawai atasan