• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
  • Wad Bersalin (Mawar)

Wad Bersalin (Mawar)

LATAR BELAKANG WAD BERSALIN (MAWAR)
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Wad bersalin yang dikenali sebagai  Wad Mawar adalah merupakan salah satu di antara 4 wad yang memberi rawatan pesakit dalam di Hospital Parit Buntar. Wad  ini terdapat sebanyak 24 katil, termasuk Ante Natal, Post Natal dan Labour Room. Unit Obstetrik ini di bawah seliaan Pakar Obstetrik (O&G) dari Hospital Taiping.
Wad Bersalin terletak berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran , Store Integrasi dan Farmasi Pesakit Dalam

SKOP PERKHIDMATAN

  • Untuk menyediakan kemudahan bagi penilaian diagnos, rawatan, penjagaan dan pemulihan bagi semua ibu mengandung lebih dari 22 minggu ke atas serta selepas bersalin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi imunisasi awal
  • Mengadakan Pendidikan Kesihatan termasuk Perancang Keluarga
  • Mengadakan suasana wad “Rakan Bayi” dan “ Rakan Suami”
  • Memberi perkhidmatan 24 jam
  • Merawat pesakit yang mengalami luka perineal terbuka

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan diagnostic, pemulihan yang bersesuaian berkesan ,mencukupi dan memberi keselesaan kepada ibu yang memerlukan  dan  juga untuk melahirkan bayi dengan selamat supaya mengurangkan “Infant and Maternal Morbidity dan “Mortality”(MDG 4 &5)