• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
  • Wad Kanak-kanak (Melor)

Wad Kanak-kanak (Melor)

LATAR BELAKANG WAD KANAK-KANAK (MELOR)
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Wad Melor merupakan wad kanak-kanak yang menawarkan rawatan pesakit dalam. Berfungsi dalam memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada pesakit. Rawatan ini berteraskan objektif operasi perkhidmatan iaitu untuk memberi perkhidmatan perubatan ,perawatan dan pendidikan yang efesien dan berkesan. Rawatan juga berteraskan visi iaitu meningkatkan taraf kesihatan penduduk menerusi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan terbaik. Perkhimatan yang diberi berorientasikan mesra pelanggan . Menempatkan sebanyak 22 katil. Merupakan ‘ Multi dicipline’ dan wad Melor dibawah seliaan Pakar Kanak-kanak (Pediatrician) dari Hospital Taiping.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberi perkhidmatan perawatan kesihatan kepada pesakit kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.
  • Memberi perawatan Neonatal yang berumur 1 hari hingga 1 bulan.
  • Memberi rawatan kesihatan kepada bayi Pramasa termasuk ‘Incubator Nursing’
  • Memberi perawatan Phototerapy kepada bayi Jaundice.
  • Memberi Pendidikan Kesihatan , kaunseling kepada pesakit dan waris.
  • Mengamalkan Polisi Penyusuan susu ibu secara eksklusif dan membantu ibu untuk menjayakannya.
  • Memberi perawatan pengasingan (Isolation) kepada pesakit yang disyaki mengidap penyakit berjangkit.
  • Menerima lawatan pakar dari Hospital Taiping 3 kali sebulan oleh Doktor Pakar

 OBJEKTIF

  • Berusaha memberi Perkhidmatan yang efektif dan komprehensif kepada para pesakit terutamanya bayi dan kanak-kanak dengan mengutamakan kemahiran perawatan,kecekapan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada.
  • Memberi pendidikan kepada pesakit dan keluarga, disamping mengamalkan polisi penyusuan susu ibu dan memelihara status Hospital Rakan Bayi