• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
  • Wad Lelaki (Anggerik)

Wad Lelaki (Anggerik)

LATAR BELAKANG WAD LELAKI (ANGGERIK)
HOSPITAL PARIT BUNTAR

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyediakan kemudahan bagi penilaian dignosa perawatan dan pemulihan bagi pesakit berumur 13 tahun keatas yang beroperasi 24 jam, juga memberi pendidikan kesihatan kepada semua pesakit sebelum discaj.
  • Mengurangkan komplikasi terhadap pesakit dan memberi rawatan agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optimum.
  • Memberi rawatan penyembuhan dan layanan yang memuaskan dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan pulang.
  • Mengekalkan status kesihatan pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu bagi mencapai status kesihatan mengikut kemampuan mereka

POLISI WAD ANGGERIK

Menerima kemasukan pesakit melalui unit kecemasan, Jabatan Pesakit Luar dan rujukan pemindahan masuk dari hospital lain.

OBJEKTIF WAD ANGGERIK

  • Memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan selamat, terkawal, bersih dan selesa.
  • Memberi rawatan dan penjagaan berkualiti kepada pesakit setiap masa
  • Memahami dan bertimbang rasa masalah yang dihadapi oleh pesakit
  • Memberi dorongan dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dalam perawatan
  • Mengurangkan komplikasi dengan merujuk kes-kes kritikal dengan segera