• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
  • Wad Perempuan (Dahlia)

Wad Perempuan (Dahlia)

LATAR BELAKANG WAD PEREMPUAN (DAHLIA)
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Wad Dahlia menerima semua pesakit perempuan yang berumur 12 tahun ke atas Pesakit yang tenat dan yang memerlukan rawatan pakar akan dihantar ke Hospital Rujukan atau menerima rawatan pakar yang datang memberi rawatan sebulan sekali dari Hospital Taiping ke Hospital Parit Buntar .

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberi rawatan perubatan yang sama rata kepada pesakit , tidak kira bangsa , pangkat dan umur .
  • Memberi ceramah dan pendidikan kesihatan kepada waris dan pesakit.
  • Merujuk pesakit ke Hospital Pakar jika keadaan kesihatan pesakit memerlukan rawatan Pakar.
  • Menyediakan makanan dan minuman pagi ,tengahari dan petang kepada pesakit.
  • Membantu pesakit yang kurang mampu untuk mendapatkan bantuan, yang merupakan penempatan , wang ringgit dan alat perubatan seperti walking frame dengan merujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat , Baitumal dan NGO (Non-Government Organization).
  • Merujuk pesakit ke unit physiotherapy dan occupational therapy jika di perlukan.
  • Memberi darah kepada pesakit yang memerlukan darah dengan bantuan unit makmal .
  • Mengambil darah untuk pemeriksaan dengan menghantar ke makmal untuk mengenal pasti penyakit dengan lebih lanjut agar ubatan dapat diberikan kepada pesakit .

OBJEKTIF

  • Memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan selamat, terkawal, bersih dan selesa.
  • Memberi rawatan dan penjagaan berkualiti kepada pesakit setiap masa.
  • Memahami dan bertimbang rasa ke atas masalah yang dihadapi oleh pesakit.
  • Memberi dorongan dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dalam perawatan.
  • Mengurangkan komplikasi dengan merujuk kes-kes kritikal dengan segera.