• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
  • Forensik

Forensik

LATAR BELAKANG UNIT FORENSIK
HOSPITAL PARIT BUNTAR

VISI
Sentiasa  memberikan perkhidmatan dan pengurusan kes perundangan perubatan (mediko-legal)yang efisien, lengkap dan berkesan

MISI
Bekerjasama secara berpasukan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti,
Efisien dan prihatin terhadap pengurusan jenazah dan kepuasan pelanggan

OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan pengurusan jenazah / mayat yang terbaik di samping memberikan penghormatan terakhir kepada yang telah meninggal dunia.

PROSES UTAMA DISIPLIN UNIT FORENSIK

Pengurusan jenazah / mayat :

1.  Pendaftaran :
     Daftar jenazah / mayat
     Proses pengecaman / kenalpasti jenazah / mayat
     Menyimpan jenazah / mayat ke dalam freezer
     Mengkelasifikasikan jenazah / mayat

2.  Bedah-siasat:
     Terima permintaan dari pihak Polis ( Borang Permintaan Pemeriksaan Mayat – Polis 61)
     Mengenalpasti jenazah / mayat yang akan diperiksa
     Melakukan pemeriksaan luaran
     Melakukan pemeriksaan dalaman
     Mengumpulkan bahan-bahan keterangan ( bukti )
     Memberikan sebab-sebab kematian
     Mengeluaran permit menguburkan
     Menjahit / rekonstruksi jenazah / mayat
     Menulis laporan bedah-siasat
     Menyerah laporan bedah-siasat kepada Unit Rekod
     Melawat tempat kejadian jenayah apabila perlu.

3.  Pengurusan bahan-bahan keterangan:
     Mengumpul bahan-bahan keterangan ( bukti )
     Mengisi borang-borang permintaan pemeriksaan Jabatan Kimia dan Patologi
     Menyerahkan bahan keterangan kepada Pegawai Penyiasat Polis dan didokumentasikan.

4.  Penyimpanan Jenazah / Mayat:
     Menyimpan mayat sementara di dalam freezer sehingga dituntut waris
     Menyimpan sementara tisu-tisu / organ / bahagian tubuh manusia

5.  Pengurusan penyerahan jenazah / mayat semula kepada waris :
     Menyediakan pengurusan jenazah / mayat sebelum dituntut untuk urusan pengkebumian mengikut agama si mati
     Mengurus mayat yang tidak dituntut.