• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
  • Hemodialisis

Hemodialisis

LATAR BELAKANG HEMODIALISIS
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Unit Hemodialisis telah dirancang pembinaaan pada tahun 2003 setelah mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bangunan Lama Asrama Jururawat telah dipilih dan kerja-kerja pengubahsuai telah dilakukan dan siap pada penghujung 2003.

Unit ini telah diubahsuai dengan kemampuan mengendalikan mesin Hemodialisis sebanyak 8 buah mesin. Melalui peruntukan kewangan untuk pembeliaan peralatan perubatan sebanyak 4 buah mesin Hemodialisis jenis Freseunius telah dibeli dan sedang digunakan. Unit ini juga telah dipertingkatkan dengan keperluan ‘ back-up’ Generator pada tahun 2005 dan ‘ back-up’ tangki air berkapasiti 10, 000 Liter pada tahun 2006. Unit Hemodialisis ini terus berkembang dalam memberikan perkhidmatan dengan bertambahnya bilangan mesin dan meningkatnya bilangan pesakit.

VISI

Unit Hemodialisis akan wujud sebagai sebuah unit yang cemerlang dalam aspek :-

  • Memberi perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti.
  • Memberi penjagaan kesihatan yang sempurna dan memuaskan.
  • Menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kearah meningkatkan taraf hidup dan kesihatan yang lebih baik

MISI

Unit Hemodialisis ini menyediakan perkhidmatan yang berterusan :-

  • Sikap Penyayang.
  • Semangat kerja berpasukan.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan serta memupuk tanggungjawab individu tentang penjagaan kesihatan yang sempurna kepada pelanggan

OBJEKTIF

Setiap pesakit dengan temujanji akan mendapat rawatan Dialisis selama 4 jam dan 3 kali seminggu kecuali kes kecemasan

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami berjanji bahawa setiap pelanggan akan diberi rawatan Haemodialisis     selama 4 jam setiap kali rawatan.
  • Setiap pelanggan akan dilihat oleh Doktor Pakar dalam masa Tiga Bulan sekali untuk memastikan pesakit mendapat rawatan lanjutan dan lebih Efektif.
  • Setiap pesakit akan diberi rawatan Hemodialisis 3 kali seminggu kecuali kes-kes kecemasan.

FUNGSI UTAMA UNIT

Unit ini berfungsi merawat kes-kes pesakit yang telah disahkan sebagai ‘End Stage Renal Failure’ ( ESRF ) yang mana pesakit-pesakit ini telah mengalami kegagalan buah pinggang. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah :

  • Rawatan Hemodialisis ; Setiap pesakit akan dirawat selama 4 jam setiap sesi dan perlu menjalani rawatan 3 kali seminggu
  • Klinik Pakar Nefrologi setiap tiga bulan
  • Setiap pesakit yang mendapat rawatan di unit Hemodialisis ini akan dilihat oleh Pakar Nefrologi setiap 3 bulan untuk melihat perkembangan kesihatan pesakit
  • Setiap pesakit yang dirawat di unit ini akan dirawat setelah membuat permohonan dan telah dipilih oleh Jawatankuasa pemilihan pesakit berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan