• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
  • Jabatan Kecemasan & Trauma

Jabatan Kecemasan dan Trauma

LATAR BELAKANG JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Jabatan Kecemasan dan Trauma telah diwujudkan sejak 1973 sebagai unit kecil 'Casualty' dan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan. Kini ia berkembang dari segi fasiliti dan perkhidmatan yang sedia ada

VISI

Kesempurnaan memberi rawatan awal bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan pantas serta mencapai matlamat yang ditetapkan

MISI

Sentiasa memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan  berkesan terutama kes-kes kemalangan dan kecemasan

OBJEKTIF

  •  Mengenalpasti keadaan dan tahap pesakit
  •  Menyelamat nyawa
  •  Mengurangkan kesakitan dan komplikasi
  •  Memberi rawatan yang sempurna dan rawatan lanjutan yang patut diperolehi
  •  Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN KECEMASAN

  •  Perkhidmatan Rawatan Segera Kecemasan dan Trauma
  •  Perkhidmatan Ambulans
  •  Perkhidmatan Pasukan Ambulans (Medical Standy)
  •  Perkhidmatan One Stop Crisis Center (OSCC)
  •  Rawatan Asma
  •  Wad Kecemasan (Penjagaan Kecemasan)
  •  Perkhidmatan Mini Farmasi selepas waktu pejabat

PERKHIDMATAN AMBULANS YANG DISEDIAKAN

  •  Disediakan selama 24 jam
  •  Pemindahan pesakit antara hospital
  •  Perkhidmatan Pasukan Ambulans (Medical Standy)
  •  Kemalangan Jalanraya dan Lebuhraya
  •  Respon Kecemasan Semasa Bencana (Tanah Runtuh, Keretapi Terbabas)
  • Setiap pasukan ambulan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulans.
  • Dengan panggilan ambulans, pasukan ambulans akan ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal & memindahkan pesakit ke hospital. Di hospital pesakit akan diberi rawatan yang sewajarnya sebelum pesakit balik atau masuk ke wad