• Laman Utama
  • Perkhidmatan Kami
  • PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
  • Jabatan Pesakit Luar

Jabatan Pesakit Luar

LATAR BELAKANG JABATAN PESAKIT LUAR
HOSPITAL PARIT BUNTAR

Memberikan perkhidmatan rawatan dan perubatan,jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan dan kesihatan bagi pelajar yang akan memasuki IPTA/IPTS atau asrama penuh serta PLKN dan pegawai atau pelanggan yang akan memasuki atau menjawat jawatan awam atau swasta. Juga kepada bakal-bakal haji dan lain-lain pemeriksaan yang diperlukan oleh pelanggan.

OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti bagi meningkatkan kualiti kesihatan, pengetahuan dan kesedaran pelanggan untuk mencapai kualiti hidup yang cemerlang.

FUNGSI DAN AKTIVITI

  • Jabatan Pesakit Luar berfungsi untuk bukan sahaja memberikan perkhidmatan rawatan perubatan,tetapi turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh bagi pelanggan-pelanggannya.
  • Perkhidmatan rawatan perubatan merupakan perkhidmatan yang utama yang mana ianya dapat dibuktikan dengan peningkatan jumlah kedatangan pelanggan ke Unit Pesakit Luar ini dari tahun ke tahun.
  • Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi pegawai yang dilantik ke jawatan awam di jabatan kerajaan atau swasta. Pelajar yang akan memasuki asrama penuh, kolej, Institusi pengajian tinggi awam atau swasta dan pelajar yang akan menjalani latihan khidmat negara.
  • Pemeriksaan kesihatan untuk bakal jemaah haji atau umrah yang akan ke Mekah, juga merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun.Pemeriksaan kesihatan bagi pegawai-pegawai di jabatan kerajaan yang berumur 40 tahun keatas dilakukan atas permintaan jabatan berkenaan.Ini juga melibatkan suntikan Meninggococcal untuk semua jemaah haji kecuali umrah.
  • Khidmat saringan untuk penyakit biasa seperti darah tinggi,diabetis dan saringan penyakit-penyakit berjangkit dilakukan setiap hari.