LATAR BELAKANG UNIT KEJURURAWATAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR
PENGENALAN
Polisi dan prosedur kejururawatan adalah merupakan sumber maklumat tentang perkhidmatan kejururawatan di Hospital Parit Buntar.
Menerangkan secara jelas dan terpericni mengenai objektif kejururawatan, skop perkhidmatan yang dtawarkan, kod dan etika kejururawatan serta perkara-perkara berkaitan prosedur yang dijalankan oleh jururawat dalam perawatan pesakit. (Semua maklumat yang terkandung di dalam polisi dan prosedur ini adalah dalam Bahasa Inggeris).
VISI
Bahagian kejururawatan akan memberikan khidmat yang cemerlang dan menitikberatkan perawatan yang holistic yang dilaksanakan oleh anggota yang bertanggungjawab, berkemahiran, berpengetahuan, bersifat penyayang serta mengamalkan kerja berpasukan.
MISI
Memberi perawatan yang berkualiti dan berusaha bersama-sama dengan ahli-ahli profesional kesihatan yang mewujudkan senambungan perkhidmatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum.
- Bekerjasama dengan pelanggan bagi memperolehi status kesihatan yang berkualiti.
- Mempromosikan kesihatan, terlibat dalam perawatan, pencegahan, kuratif dan rehabilitasi kepada individu, keluarga dan masyarakat.
- Memberi khidmat perawatan berdasarkan bukti saintifik dan komited untuk mengembangkan pengetahuan serta mempertingkatkan amalan kejururawatan dengan melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan.
- Bertanggungjawab mengekalkan serta mempertingkatkan tahap kompetensi seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
OBJEKTIF
1. Menyediakan dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti sentiasa diberikan kepada pesakit dengan menjalankan:
1.1. Kajian Kepuasan Pelanggan dijalankan setiap 6 bulan sekali.
1.2. National Nursing Audit dijalankan setiap 6 bulan sekali.
2. Memastikan anggota mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan dengan menghadiri sesi pembelajaran mengikut sasaran yang ditetapkan oleh KKM seperti:
2.1. Semua anggota kejururawatan memperolehi mata CPD sekurang-kurangya 40 point setahun juga bersamaan dengan 7 hari kursus.
KEDUDUKAN PERJAWATAN
BIL | JAWATAN | GRED | PERJAWATAN | ISI | KOSONG |
1 | Ketua Penyelia Jururawat Hospital | U42 | 1 | 1 | 0 |
2 | Penyelia Jururawat | U36 | 4 | 4 | 0 |
3 | Ketua Jururawat | U32 | 9 | 9 | 0 |
4 | Jururawat Terlatih | KUP U32/ U29 | 74 | 74 | 0 |
5 | Jururawat Masyarakat | U24 | 1 | 1 | 0 |
6 | Jururawat Masyarakat | U19 | 19 | 19 | 0 |
7 | Jumlah | 108 | 108 | 0 |
MAKLUMAT POS BASIK JURURAWAT
BIL | POS BASIK | JUMLAH |
1 | Kebidanan | 26 |
2 | Pediatrik | 12 |
3 | Renal | 6 |
4 | Perawatan Rapi | 3 |
5 | Kawalan Infeksi | 2 |
6 | Peri operatif | 2 |
7 | Neonatelogi | 1 |
8 | Kecemasan dan Trauma | 1 |
9 | Pengurusan Diabetes | 1 |
10 | Perawatan Jantung | 1 |
11 | Opthalmalogi | 1 |
12 | Otopedik | 1 |
13 | Perawatan Psikiatri | 1 |