UNIT REHABILITASI
Terdiri daripada Unit Pemulihan Cara Kerja dan Fisioterapi
LATAR BELAKANG UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
HOSPITAL PARIT BUNTAR
Unit Pemulihan Cara Kerja memainkan peranan sebagai kumpulan paramedik yang membantu meningkatkan :
- Pemulihan Disfungsi Fizikal
- Pemulihan Kes Kanak-kanak
- Pemulihan Kes Ortopedik
- Pemulihan Kes Perubatan
- Pemulihan Psikiatri
OBJEKTIF
- Menjalankan penilaian kefungsian fizikal dan mental
- Merancang rawatan pemulihan
- Menjalankan intervensi kepada pelanggan yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa, dan warga emas.
VISI
Ke Arah Menyediakan Program Yang Efektif Kepada Pesakit Supaya Dapat Berdikari Dalam Kehidupan Harian dan Menikmati Hidup Yang Berkualiti di Dalam Komuniti
MISI
Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang mencerminkan kestabilan kesihatan unggul penduduk
LATAR BELAKANG UNIT FISIOTERAPI
HOSPITAL PARIT BUNTAR
Unit Fisioterapi adalah perkhidmatan sokongan yang penting kepada program rawatan pesakit dan kesihatan awam . Perkhidmatan ini meawarkan perkhidmatan jurupulih anggota di hospital ini.
OBJEKTIF
- Mengenalpasti masalah pesakit melalui kaedah penilaian berkemahiran tinggi
- Merancang program rawatan pemulihan yang paling sesuai dengan keadaan pesakit
- Melaksanakan rawatan melalui kaedah penggunaan pelbagai kaedah rawatan yang mana faktor keberkesanan dan keselamatan diutamakan
- Mewujudkan satu sistem dokumentasi komprehensif dan simpanan maklumat yang teratur yang mana boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan
VISI
Ke Arah Menyediakan Program Yang Efektif Kepada Pesakit Supaya Dapat Berdikari Dalam Kehidupan Harian dan Menikmati Hidup Yang Berkualiti di Dalam Komuniti
MISI
Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang mencerminkan kestabilan kesihatan unggul penduduk
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit diberi rawatan yang sewajarnya dan berkualiti di Unit Fisioterapi, Hospital Parit Buntar
- Setiap pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi khususnya yang tidak terdapat di Unit Fisioterapi, Hospital Parit Buntar akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat-menghormati, sopan-santun, jujur dan ikhlas
- Penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanaya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keinginannya tertakhluk kepada undang-undang
- Setiap pesakit fisioterapi akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuklah risiko dan pilihan yang lain
TPL_KONTRAS_NAME
TPL_MERAH_NAME
TPL_BIRU_NAME
Malaysia
English 